Tiga Lelaki Sedang Leka Curi Kabel Telefon Ditahan
Pasir
Puteh, 23 Dis - Polis menahan tiga lelaki ketika sedangmencuri kabel
telefon milik sebuah syarikat telekomunikasi di pencawang Bukit Gedombak
di sini, hari ini.
Ketua
Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata ketiga-tiga
lelaki itu berumur 34, 37 dan 42 tahun sedang leka mencuri kabel
tersebut hingga tidak menyedari kehadiran dua anggota polis dan seorang
pekerja syarikat telekomunikasi itu pada pukul 3.40 pagi.
Hasil
maklumat awam, polis bertindak menahan ketiga-tiga lelaki tersebut yang
didapati positif dadah, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Sementara
itu, beliau mengingatkan orang ramai yang berjaya menangkap penjenayah
agar tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencederakan mereka kerana
ia menyalahi undang-undang.
Katanya,
ini sebagaimana kejadian yang berlaku di Selising dan Semerak minggu
lepas apabila dua orang pencuri cedera teruk dipukul dan dilibas dengan
parang oleh orang ramai yang berjaya menahannya.
Sumber : BERNAMA