Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Edar Dadah Ditahan

Published: 18 May 2015 9.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 18 Mei - Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama-sama dadah heroin dalam 'Op Sarang' di satu kawasan dipercayai tempat penagih melepaskan gian, dekat kawasan Tersang, Felda Tersang 2, Raub petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-edar-dadah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:24 MYT


Kuantan, 18 Mei - Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama-sama dadah heroin dalam 'Op Sarang' di satu kawasan dipercayai tempat penagih melepaskan gian, dekat kawasan Tersang, Felda Tersang 2, Raub petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Zahari Wan Busu berkata, tiga lelaki berusia 33, 40 dan 41 dan bekerja sebagai buruh itu diberkas pada 6.30 petang.

"Hasil pemeriksaan di kawasan itu, polis menemui beberapa paket plastik lut sinar kecil berisi serbuk dan ketulan warna putih disyaki dadah heroin seberat lebih 27 gram.

"Turut dijumpai wang tunai pelbagai nilai berjumlah RM1,109 di atas tanah tempat suspek ditahan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menerima bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki tempatan pada 5 petang Sabtu lepas di daerah Raub dengan harga RM1,250.

Wan Zahari berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

ArticlePublished 18 May 2015 9.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM