Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indeks Jenayah Menurun Sejak Isa Dihapuskan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 18 May 2015 9.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tanah Merah, 18 Mei - Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata indeks jenayah negara menunjukkan ‘trend’ menurun sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan pada 2009.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-menurun-sejak-isa-dihapuskan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:12 MYT


Tanah Merah, 18 Mei - Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata indeks jenayah negara menunjukkan ‘trend’ menurun sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan pada 2009.

Beliau memberikan contoh pada tahun lepas, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6 peratus.

Katanya dakwaan kononnya terdapat peningkatan kadar jenayah sejak ISA dihapuskan sebenarnya dimainkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai kepentingan tertentu.

"Sejak pengumuman Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada 2009, indeks jenayah terus menunjukkan penurunan. Polis juga buat penambahbaikan iaitu anggota yang bertugas di pejabat turut diarahkan bertugas di lapangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kepolisan Komuniti bersama-sama kira-kira 300 penduduk Kampung Rambai Lama di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Polis Kelantan Dato’ Mazlan Lazim.

Dalam pada itu, Khalid berkata di sesetengah kawasan yang masih wujud perasaan tidak selamat dalam kalangan masyarakatnya, polis akan mengambil langkah wajar untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Mengulas mengenai Op Warta bagi memburu pesalah trafik, Ketua Polis Negara berkata polis akan mula mencari pesalah jalan raya yang masih belum membayar saman bermula esok.

Pada majlis itu, Khalid menyampaikan surat penghargaan kepada 28 anggota dan pegawai polis, pegawai perubatan dan penduduk Kampung Rambai Lama yang terlibat dalam menyelamatkan empat pegawai polis dalam kejadian helikopter PDRM terhempas ketika menghantar bantuan makanan ke kampung itu semasa banjir Disember lepas.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 May 2015 9.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM