Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Ditahan Kes Cubaan Rompak Kedai Emas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuala Lumpur, 18 Sept - Tiga lelaki yang disyaki cuba merompak kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di sini awal bulan ini, ditahan dalam Ops Cantas Khas di Sungai Petani, Kedah ming..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-kes-cubaan-rompak-kedai-emas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:54 MYT

Kuala Lumpur, 18 Sept - Tiga lelaki yang disyaki cuba merompak kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di sini awal bulan ini, ditahan dalam Ops Cantas Khas di Sungai Petani, Kedah minggu lepas.

Lelaki berusia antara 21 hingga 25 tahun itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk direman, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa.

"Kami percaya tiga lelaki yang ditahan itu merupakan suspek yang terlibat dalam kes cubaan merompak di Lebuh Ampang. Kami akan ambil mereka di Kedah untuk direman bagi membolehkan soal siasat dijalankan," katanya kepada pemberita hari ini.

Kejadian pada 3 Sept lepas itu turut menyebabkan pemilik kedai emas berkenaan Abdul Rasul Abdul Razak, 58, cedera di perut dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan ketika cuba menghalang empat penjenayah terbabit.

Khairy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.
 
Sumber : BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM