Tiga Lelaki Ditahan Kes Cubaan Rompak Kedai Emas
Kuala
Lumpur, 18 Sept - Tiga lelaki yang disyaki cuba merompak kedai emas
Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di sini awal bulan ini,
ditahan dalam Ops Cantas Khas di Sungai Petani, Kedah minggu lepas.
Lelaki
berusia antara 21 hingga 25 tahun itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Kontijen Kuala Lumpur untuk direman, kata Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa.
"Kami
percaya tiga lelaki yang ditahan itu merupakan suspek yang terlibat
dalam kes cubaan merompak di Lebuh Ampang. Kami akan ambil mereka di
Kedah untuk direman bagi membolehkan soal siasat dijalankan," katanya
kepada pemberita hari ini.
Kejadian
pada 3 Sept lepas itu turut menyebabkan pemilik kedai emas berkenaan
Abdul Rasul Abdul Razak, 58, cedera di perut dan bahu kanan akibat
terkena dua das tembakan ketika cuba menghalang empat penjenayah
terbabit.
Sumber : BERNAMA