Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Ditahan Disyaki Curi Alat Elektronik Dan Wang Tunai

Diterbitkan: 18 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan tiga lelaki dipercayai mencuri alat elektronik bernilai RM60,000 serta wang tunai RM28,000 di sebuah premis di pusat membeli belah Suria Sabah, dekat sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-disyaki-curi-alat-elektronik-dan-wang-tunai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:52 MYT

Kota Kinabalu, 18 Ogos - Polis menahan tiga lelaki dipercayai mencuri alat elektronik bernilai RM60,000 serta wang tunai RM28,000 di sebuah premis di pusat membeli belah Suria Sabah, dekat sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Supt Azhar Hamin berkata hasil siasatan dan maklumat yang diperolehi, dua suspek berjaya ditahan di sebuah restoran di Pekan Inanam pukul 8.30 malam tadi, kira-kira 11 jam selepas melakukan jenayah itu.

"Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek itu, kemudiannya membawa kepada penahanan suspek ketiga di sebuah rumah di Taman Rimba Luyang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing, hari ini.

Azhar berkata, selain penahanan suspek berumur 31 hingga 41 tahun itu, polis turut merampas sebuah kenderaan Kelisa.

"Salah seorang suspek merupakan bekas pengurus kedai alat elektronik itu yang telah berhenti bekerja sejak setahun lalu. Dia juga didapati positif ujian air kencing," katanya.

Azhar turut menasihatkan supaya pemilik premis memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan memastikannya ia berfungsi dengan baik bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM