Tiga Lelaki Ditahan Dadah Bernilai Rm35 000 Dirampas
Tiga Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai Rm35,000 Dirampas
Jasin, 12 April - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 265 gram heroin bernilai RM35,000 di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Kampung Bukit Katong di sini semalam.
Ketua
Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim kesemua mereka yang
berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika sedang tidur di dalam
pondok berkenaan pada pukul 7.15 pagi.
"Dadah
dalam bentuk serbuk itu telah dipaketkan kepada 160 bungkus kecil dan
dijumpai dalam sebungkus plastik yang disembunyikan di bawah pelepah
kelapa sawit kering di luar pondok berkenaan," katanya kepada pemberita
di sini hari
ini.
Beliau
berkata tangkapan adalah hasil intipan selama tiga minggu sebelum
serbuan dilakukan enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari
Ibupejabat Polis Daerah Jasin.
Katanya
siasatan awal mendapati pondok tersebut dijadikan tempat pembungkusan
dadah berkenaan sebelum dijual pada harga serendah RM100 sepaket di
sekitar Jasin sejak beberapa bulan lepas.
Muhd
Nur Hishamuddin berkata kesemua lelaki yang tiada pekerjaan tetap itu
mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan mencuri kenderaan.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ketiga-tiga mereka didapati positif syabu dan heroin.
Katanya
kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes
disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh
membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA