Dadah Rm30 000 Dirampas Dalam Serbuan 10 Hari
Dadah Rm30,000 Dirampas Dalam Serbuan 10 Hari
Polis
Muar berjaya menahan empat pengedar dan 35 penagih dadah selain
merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM30,000 dalam serbuan
selama 10 hari yang berakhir kelmarin.
Timbalan Ketua Polis
Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, antara jenis dadah
yang dirampas dalam serbuan berkenaan ialah heroin, syabu, pil eramin
dan pil ekstasi.
Empat
lelaki berusia antara 37 hingga 48 tahun yang ditahan berkenaan akan
disiasat mengikut Seksyen 15 1 (a) /39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
35 penagih antara 20 hingga 51 tahun pula diberkas di sekitar Bandar Muar, Parit Jawa, Panchor, Pagoh dan Sungai Abong.
Sumber: Akhbar Kosmo
