Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Ditahan Dadah Bernilai Rm35 000 Dirampas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dadah dalam bentuk serbuk itu telah dipaketkan kepada 160 bungkus kecil dan dijumpai dalam sebungkus plastik yang disembunyikan di bawah pelepah kelapa sawit kering di luar pondok berkenaan,' katanya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-dadah-bernilai-rm35-000-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:45 MYT

Tiga Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai Rm35,000 Dirampas

Jasin, 12 April - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 265 gram heroin bernilai RM35,000 di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Kampung Bukit Katong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika sedang tidur di dalam pondok berkenaan pada pukul 7.15 pagi.

"Dadah dalam bentuk serbuk itu telah dipaketkan kepada 160 bungkus kecil dan dijumpai dalam sebungkus plastik yang disembunyikan di bawah pelepah kelapa sawit kering di luar pondok berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Beliau berkata tangkapan adalah hasil intipan selama tiga minggu sebelum serbuan dilakukan enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibupejabat Polis Daerah Jasin.

Katanya siasatan awal mendapati pondok tersebut dijadikan tempat pembungkusan dadah berkenaan sebelum dijual pada harga serendah RM100 sepaket di sekitar Jasin sejak beberapa bulan lepas.

Muhd Nur Hishamuddin berkata kesemua lelaki yang tiada pekerjaan tetap itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan mencuri kenderaan.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ketiga-tiga mereka didapati positif syabu dan heroin.

Katanya kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM