Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Dalam Sindiket Curi Kereta Mewa

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintenden Shahadan Jaafar berkata sebuah kereta peronda polis bertindak mengejar suspek yang menaiki BMW X5 selepas menerima aduan pada kira-kira 9 pagi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-disyaki-terlibat-dalam-sindiket-curi-kereta-mewa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:48 MYT

Tiga Lelaki Disyaki Terlibat Dalam Sindiket Curi Kereta Mewah Diberkas

Muar, 15 April - Polis memberkas tiga lelaki dipercayai anggota sindiket curi kereta mewah selepas mengejar mereka sejauh tiga kilometer di Jalan Pintas Muar di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintenden Shahadan Jaafar berkata sebuah kereta peronda polis bertindak mengejar suspek yang menaiki BMW X5 selepas menerima aduan pada kira-kira 9 pagi.

"Ketiga-tiga suspek yang berumur 25 hingga 43 tahun itu terdahulu dipercayai cuba mencuri sebuah kereta BMW kepunyaan seorang gadis di tepi Jalan Abdul Rahman di sini. Sejurus ternampak kereta polis, mereka terus melarikan diri dengan kereta BMW X5 itu ke arah Jalan Pintas Muar sebelum polis memintas dan menahan mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau semua suspek berasal dari ibu negara dan pemeriksaan mendapati BMW X5 itu adalah kenderaan yang dilapor hilang di Petaling Jaya, Selangor pada 6 April lepas.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang mengaku terlibat dalam beberapa kes curi kereta mewah di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan lain kini ditahan reman sehingga 17 April.

Dalam kes lain, Shahadan berkata polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang pengimpal yang mayatnya ditemui dibungkus dengan kain selimut di kebun kelapa sawit di Bukit Pasir baru-baru ini berikutan penahanan empat lelaki antara 29 Mac dan 12 April lepas.

Beliau berkata suspek pertama yang berusia 25 tahun, ditahan dekat Pontian pada 29 Mac lepas manakala suspek kedua, juga 25 tahun, diberkas di sebuah rumah di Larkin, Johor Baharu pada 2 April lepas.

"Hasil maklumat daripada kedua-dua suspek, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 27 tahun pada 5 April lepas di Pagoh dan seorang lagi lelaki berumur 22 tahun di Pasir Gudang, Johor Baharu pada 12 April lepas," katanya.

Shahadan berkata polis kini mengesan seorang lagi lelaki berumur 23 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM