Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Aktif Pecah Rumah Di Nibong Tebal Tumpas

Published: 17 Jun 2014 8.13 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Nibong Tebal, 30 Julai - Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan sekolah termasuk sekolah agama di sekitar daerah ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-aktif-pecah-rumah-di-nibong-tebal-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:30 MYT

Nibong Tebal, 30 Julai - Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan sekolah termasuk sekolah agama di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu diberkas polis peronda di Taman Rebana, Sungai Bakap di sini awal pagi Khamis lepas.

"Curiga melihat dua motosikal dinaiki tiga lelaki ditunggang dengan laju di awal pagi, anggota polis yang membuat rondaan bertindak mengejar mereka sebelum dapat memintas sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki manakala rakan mereka berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berkenaan adalah kumpulan pecah rumah dan polis turut menemui beberapa peralatan mencurigakan selain senjata tajam, sarung tangan dan topeng muka," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Polis Bersama Komuniti SPS, di sini malam tadi.

Shafien berkata hasil soal siasat, dua suspek berkenaan mengaku sedang membuat perancangan untuk melakukan pecah sekolah di sekitar Nibong Tebal.

"Mereka juga mengaku terbabit dalam memecah masuk sebuah sekolah agama sebelum itu dan mencuri sebuah komputer riba dan wang tunai sebanyak RM200," katanya.

Menurut Shafien seorang lagi suspek yang sebelum itu berjaya lolos, menyerah diri kepada polis beberapa jam kemudian.

"Mereka kini direman dan polis sedang siasat untuk mengenal pasti sama ada mereka ada terbabit dalam beberapa kejadian jenayah pecah rumah atau bangunan lain sebelum ini," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, 28 balu dan anak yatim anggota polis di daerah SPS menerima bantuan sempena Aidilfitri. Turut menerima sumbangan itu ialah bekas Special Constabel (SC), Bedah Mohamad, 94.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.13 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM