Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tiga Lelaki Rampas Dua Pistol Lapan Senjata Ta

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kota Bahru, 29 Julai - Polis menahan tiga lelaki dan merampas dua pistol serta senjata tajam dalam tiga serbuan di sini dan Pasir Mas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-rampas-dua-pistol-lapan-senjata-ta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT

Kota Bahru, 29 Julai - Polis menahan tiga lelaki dan merampas dua pistol serta senjata tajam dalam tiga serbuan di sini dan Pasir Mas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama pada 11 malam tadi seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Baung, Pengkalan Chepa di sini.

"Lelaki itu yang berasal dari Kampung Paya Bemban, Jalan Hospital di sini, berada dalam keadaan mencurigakan dan ditahan ketika sedang masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Waja.

"Siasatan menemui sebilah pedang samurai, dua bilah parang dan satu pisau lipat yang disembunyikan dalam beg raket yang diletakkan di tempat letak kaki penumpang di bahagian belakang kereta itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata hasil semakan terhadap kereta itu mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang pada 19 Julai lepas di Kota Baharu dan suspek turut positif dadah jenis Metaphetamine.

"Hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 21 tahun yang menetap di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, di sini pada 12.30 pagi tadi.

"Suspek itu bertindak mengeluarkan sepucuk pistol ketika dihampiri sepasukan anggota polis. Berlaku pergelutan antara polis dan suspek, bagaimanapun suspek berjaya ditahan," katanya.

Hasil pemeriksaan menemui dua butir peluru dalam kocek kiri baju suspek, sepucuk pistol jenis Col .38 termasuk lima butir peluru dalam kelongsong pistol, sebilah parang dan pisau serta wang tunai berjumlah RM261.

Dalam kes berasingan di Pasir Mas, Mazlan berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 49 tahun ketika sedang makan seorang diri di sebuah gerai di kampung Chicha Tinggi, di sini, pada 2.45 pagi ini.

"Hasil pemeriksaan turut menemui sepucuk pistol tiruan yang diselit di bahagian pinggang suspek dan satu 'magazine' peluru yang kosong, selain suspek turut positif ujian air kencing," katanya.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM