Seorang Lelaki Ditahan Didalam Sekatan Jalan Raya
Polis
Kuala Lumpur berjaya memberkas seorang lelaki dalam sekatan jalan raya
yang diadakan di hadapan Kompleks Desa Kepong, Kuala Lumpur. Berikutan penahanan tersebut, pihak polis merampas
sepucuk pistol semi-auto 9mm, sepucuk pistol mainan, enam helai topeng,
sebatang besi dan sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Hasil semakan lanjut, lelaki tersebut telah lama
bergiat melakukan jenayah memiliki 20 rekod lampau jenayah membabitkan
kes pecah rumah, curi, senjata api dan termasuk lima kali ditahan di
bawah Ordinan Darurat.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur