Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Kumpulan Pecah Rumah Sekitar Penampang Tumpas

Published: 18 Jun 2014 6.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kota Kinabalu, 2 Dis - Polis Sabah berjaya menyelesaikan kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Penampang dengan penangkapan 16 individu daripada tiga kumpulan berasingan di sini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-kumpulan-pecah-rumah-sekitar-penampang-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT

Kota Kinabalu, 2 Dis - Polis Sabah berjaya menyelesaikan kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Penampang dengan penangkapan 16 individu daripada tiga kumpulan berasingan di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar Penampang dan polis turut merampas lebih 30 barangan samun.

"Lapan anggota Geng George Chong diberkas di sekitar Taman Jelita, Bundusan, manakala tujuh anggota Geng Wei Chai dan seorang suspek berusia 22 tahun daripada kumpulan Lee Tung Yong ditangkap di sekitar daerah ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamza berkata kesemua suspek juga mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan.

Menurutnya polis menemui semula barangan pecah rumah bernilai kira-kira RM500,000 termasuk senapang patah bersama peluru, kamera digital, telefon bimbit dan komputer riba selain kereta mewah seperti Toyota Hilux milik mangsa.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM