Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sibu Gagalkan Cubaan Seludup Syabu Bernilai Rm1 48 Jut

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Sibu, 2 Dis - Polis Sibu Bahagian Narkotik menggagalkan percubaan dua kaldai dadah asing menyeludup masuk sejumlah 7.3 kilogram Syabu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.48 juta di sini pada 27 Nov lep..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sibu-gagalkan-cubaan-seludup-syabu-bernilai-rm1-48-jut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT

Sibu, 2 Dis - Polis Sibu Bahagian Narkotik menggagalkan percubaan dua kaldai dadah asing menyeludup masuk sejumlah 7.3 kilogram Syabu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.48 juta di sini pada 27 Nov lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Law Heng Soon memberitahu sidang akhbar di sini hari ini dua suspek itu, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Berdasarkan siasatan awal, mereka sebelum itu berlepas dari Chennai di India. Mereka kemudian transit di KLIA sebelum terbang ke sini dan ditangkap sebaik saja mereka mengambil bagasi di Lapangan Terbang Sibu kira-kira 11.30 pagi.

"Lelaki itu didapati menyembunyikan 3.1 kilogram dadah itu dalam beberapa kompartmen beg galasnya.

"Wanita itu membawa 4.2 kilogram disembunyi dalam dua beg tangan dan beberapa sandal dan golongan reben dalam begnya," kata beliau.  Law berkata rampasan itu hasil maklumat yang diterima, merupakan yang terbesar setakat ini di negeri ini tahun ini.

"Kami percaya pil itu bukan untuk kegunaan tempatan kerana kita tidak mempunyai penagih dadah tersebut seramai itu di sini.  "Kami syaki ia untuk edaran di bandar-bandar dan bandaraya lain di negeri ini dan di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 39 (B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Law memuji Bahagian Narkotik di bawah ASP Dennis Bunyam atau kejayaan itu. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM