Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Ditahan Menangkap Ikan Di Kawasan Larangan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor, 9 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan larangan di perairan Teluk Kerang, Pontian petang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ditahan-menangkap-ikan-di-kawasan-larangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:55 MYT

Johor, 9 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan larangan di perairan Teluk Kerang, Pontian petang semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata sebuah bot pukat tunda dilihat sedang menunda jaring di kawasan kurang daripada 5 batu nautika dari pantai oleh PPM Wilayah Dua semasa menjalankan rondaan Ops Pensura di Perairan Pontian.

"Perbuatan penangkapan ikan di dalam kawasan larangan iaitu kurang dari 5 batu nautika dari pantai akan menyebabkan kepupusan spesis ikan, plankton dan merosak ekologi persisiran pantai," katanya lagi.

Pihak polis turut merampas bot nelayan bersama muatan ikan dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Sek 8b Akta Perikanan 1985.

Tiga Ditahan Menangkap Ikan Di Kawasan Larangan

Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM