Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

TIGA DITAHAN CUBA SELUDUP KELUAR KAYU BALAK DI SARAWAK

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah Lima Superintendan Mohd Yazib Abd Aziz berkata hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga lori treler berkenaan telah menjumpai 104 batang kayu balak yang dianggarkan bernilai RM132,6..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ditahan-cuba-seludup-keluar-kayu-balak-di-sarawa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:52 MYT
Kuching, 12 Jun – Usaha Pasukan Polis Marin (PPM) membanteras penyeludupan kayu balak perlu dipuji apabila berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan di dua lokasi berasingan di daerah tersebut awal pagi tadi.

Operasi Landai yang diketuai oleh ASP Muhammad Sallam Spawi bersama enam anggota PPM telah menjalankan pemeriksaan terhadap tiga buah lori treler yang dipandu suspek di Jalan Kilang, Bintawa dan Jalan Serikin Bau.

Komander PPM Wilayah Lima Superintendan Mohd Yazib Abd Aziz berkata hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga lori treler berkenaan telah menjumpai 104 batang kayu balak yang dianggarkan bernilai RM132,670 .

“Pemeriksaan lanjut terhadap ketiga-tiga lori berkenaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan dan pegawai operasi bertindak menahan ke semua suspek yang juga pemandu lori tersebut”.

“Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 44 tahun hingga 57 tahun bersama kayu balak serta lori dirampas di bawa ke Markas PPM untuk diserahkan ke Jabatan Perhutanan bagi tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Sumber: PPM
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM