Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Beranak Dihukum Mati

Published: 16 Jun 2014 8.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tiga beranak dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan memproses 368.126 kilogram methamphetamine di Lunas, Kulim kira-kira lima tahun lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-beranak-dihukum-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:30 MYT
BALASAN PROSES 368KG DADAH : Tiga beranak iaitu Ong Hooi Beng, 50; anak lelakinya, Ong Eng Keat, 26, dan anak perempuan, Ong Gaik Ee, 24, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas didapati bersalah atas tuduhan memproses 368.126 kilogram methamphetamine di Lunas, Kulim kira-kira lima tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat persediaan dan memproses dadah jenis methamphetamine bagi tujuan mengedarkan dadah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.


Tiga Beranak Dihukum Mati
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM