Artikel
Tiada Mesin Judi Haram Di Pusat Hiburan Keluarga Di Ipoh
Ipoh, 17 Mac 2016 - Tiada mesin judi haram dikesan beroperasi di bandar raya ini terutama di pusat hiburan keluarga, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang...
Ipoh, 17 Mac 2016 - Tiada mesin judi haram dikesan beroperasi di bandar raya ini terutama di pusat hiburan keluarga, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.
Beliau berkata hasil pemeriksaan berdasarkan maklumat orang ramai, kebanyakan mesin judi yang didakwa beroperasi di pusat hiburan keluarga di sini, mempunyai lesen.
"Ini salah tanggapan, di Ipoh, kosong tiada mesin judi haram sebab semua yang dianggap mesin judi adalah permainan dalam pusat hiburan keluarga.
"Semua pusat hiburan keluarga di Ipoh beroperasi secara sah, mempunyai lesen perniagaan, maka tiada tindakan boleh diambil" katanya kepada pemberita selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Pasar Awam Gunung Rapat di sini hari ini.
Sum berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan banyak pihak mengenai
terdapat mesin judi haram beroperasi secara berleluasa di bandar raya ini.
Ditanya mengenai kes samun di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini pada Rabu, Sum berkata pihaknya mendapati modus operandi sekumpulan lima penyamun itu adalah baharu di daerah ini.
"Dalam kejadian semalam, penyamun berkenaan masuk ke premis dan menunjukkan
dua benda seakan-akan senjata api.
"Ini modus operandi baharu di Ipoh kerana kebanyakan kes samun kedai emas (di Ipoh) adalah dengan masuk ke kedai dan terus pecahkan peti pameran," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 2.59 petang semalam, lima penyamun mengambil masa kurang tiga minit melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM750,000. Mengenai program HPP hari ini, Sum berkata kira-kira 60 pegawai dan anggota terlibat bagi memberi keyakinan kepada orang ramai mengenai usaha polis mengekang jenayah.
- BERNAMA