Artikel
Tiada Lagi Rakyat Malaysia Diculik Di Sulu
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan tiada penculikan rakyat Malaysia di perairan Sulu padaRabu lain. Beliau berkata, sehingga kini...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan tiada penculikan rakyat Malaysia di perairan Sulu padaRabu lain.
Beliau berkata, sehingga kini, pihak berkuasa Filipina belum memberi apa-apa pengesahan berhubung insiden penculikan tersebut.
Tan Sri Khalid berkata demikian bagi mengulas laporan berita asing pada minggu lepas yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi Jeselito Salido berkata, penculik yang belum dikenal pasti membawa tebusan ke perairan Sitankai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.
Sumber : Kosmo