Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau telah menjelaskan apa yang berlaku dan tiada sebab untuk pihaknya menyiasat perkara itu.
"Tiada sebab untuk kita menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyera-han Bungkusan Kuih Raya PDRM.
Tiga hari lalu, Tan Sri Khalid menafikan pihaknya telah menerima dan membayar wang tebusan berjumlah RM12 juta kepada penculik bagi membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina.
Menurutnya, wang tebusan tersebut dipercayai diserahkan sendiri oleh keluarga mangsa kepada ejen atau pihak ketiga yang berurusan dengan pihak penculik dan pihaknya hanya memastikan tahap keselamatan mereka terjamin.
Sumber : Utusan Malaysia