Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiada Bukti Kebakaran Setinggan Bukit Malut Berkaitan Jenayah

Diterbitkan: 17 Apr 2015 12.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Langkawi, 17 April - Polis tidak menemukan sebarang bukti yang dapat mengaitkan kejadian kebakaran yang memusnahkan kira-kira 100 buah rumah setinggan di Bukit Malut di sini hari ini dengan perbuatan jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiada-bukti-kebakaran-setinggan-bukit-malut-berkaitan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:58 MYT

 

Langkawi, 17 April - Polis tidak menemukan sebarang bukti yang dapat mengaitkan kejadian kebakaran yang memusnahkan kira-kira 100 buah rumah setinggan di Bukit Malut di sini hari ini dengan perbuatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah, berkata siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari itu masih diteruskan oleh pihak polis dan JabatanBomba dan Penyelamat.

"Namun (siasatan setakat ini menunjukkan) tiada keterangan atau kesan perbuatan jenayah (dalam kebakaran itu)," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, 36 anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Yaakob Hassan, berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian.

Bernama difahamkan tiga orang mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Langkawi.

Nilai kerugian masih dalam siasatan.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2015 12.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM