Gpec Asia 2011 Platform Pameran Terbesar Pasukan Polis Dan Pasukan Pasukan Keselamatan Di Asia
Putrajaya, 27 Jun 2011
"Bertepatan dengan program transformasi kerajaan, penganjuran General Police And Special Equipment Exhibition & Conference (GPEC) Asia 2011 atau dikenali sebagai Program Pameran Kelengkapan Khas Polis dan Persidangan Asia 2011 Asia pada kali kedua merupakan elemen dan platform utama kepada pasukan polis dan pasukan-pasukan keselamatan negara dalam menambahbaik kemampuan dan keberkesanan mutu perkhidmatan serta keperluan logistik mereka," ujar YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya sempena perasmian pameran tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.
Pameran yang akan berlangsung pada 27 sehingga 29 Jun ini dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia dengan usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
GPEC Asia 2011 tajaan bersama Motorola, Sapura dan Realmild ini turut disertai oleh Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan juga syarikat-syarikat swasta tempatan dan antarabangsa yang mempamerkan teknlogi terkini dalam bidang perkakasan pasukan-pasukan keselamatan.
Selain daripada pameran yang diadakan, GPEC Asia 2011 turut mengadakan persidangan dan forum bagi berkongsi idea dan persepsi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penguatkuasaan polis, sistem terbaru dan keselamatan keseluruhan operasi pasukan.
Ianya juga mensasarkan pengukuhan keselamatan negara menentang keganasan, jenayah dan lain-lain ancaman tanah air.
Turut hadir pada hari ini, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.



Ucapan Perasmian dan Pelancaran gimik oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Antara tetamu yang hadir



Penyampaian cenderahati kenangan

Turut hadir, Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Sidang media bersama YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri






Persidangan yang berlangsung di Hall 8, Concourse Level, Putrajaya Internasional Convention Centre
SUPT. Dennis Lim Kwang Keng dari Jabatan Siasatan Jenayah membentangkan persidangan dengan tajuk 'Royal Malaysia Police Achievement Towards NKRA Reducing Crime'
Keselamatan pengunjung dan kawasan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dikawal oleh anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan
Pameran persenjataan dari Unit Persenjataan Bukit Aman
Motosikal lama yang digunakan oleh Cawangan Trafik
Antara kenderaan Polis yang dipamerkan...
Deftech AV4, Light Armoured Wheeled Vehicle...sesuai untuk digunakan di semua kawasan
Peralatan yang digunakan oleh Cawangan Trafik
Forensik Polis Diraja Malaysia
Antara syarikat-syarikat swasta tempatan yang mempamerkan peralatan keperluan pasukan keselamatan
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Fansus Jangor
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan