Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

The Malaysia Book Of Records

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penganjuran program ini adalah untuk mendidik golongan kanak-kanak termasuk dewasa tentang kepentingan penjagaan kebersihan mulut dalam kehidupan seharian bagi memberi kesedaran betapa pentingnya menj..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-malaysia-book-of-records
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:16 MYT

Kuala Lumpur - 16 Jun 2012

Bertempat di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur pada pagi ini, Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah menjayakan Ops Gigi Mega 1 Malaysia.

Kejayaan mengumpul  7,424 orang peserta yang terdiri daripada warga PDRM dan agensi-agensi seperti ATM, RELA dan JPAM, penuntut-penuntut Kolej Multi Media, pelajar-pelajar sekolah di sekitar PULAPOL Kuala Lumpur dan juga penduduk-penduduk kawasan Parlimen Setiawangsa, telah merealisasikan program ini untuk dicatatkan di dalam 'The Malaysia Book Of Records'.

Program Ops Gigi Mega 1Malaysia bersama warga PDRM ini telah diilhamkan oleh mantan Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian), Dr. Hj. Ahmad bin Hj. Abang. Program yang serupa ini pernah diadakan pada tahun 2005 melibatkan seramai 845 orang kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah di mana ia telah mencatatkan rekod dalam 'The Malaysia Book Of Records'.

Rekod tersebut telah diatasi oleh Program memberus gigi beramai-ramai yang telah diadakan oleh jalan-Jalan Publications di Port-Dickson, melibatkan penyertaan seramai 1,163 orang pada 2 Disember 2011.

Penganjuran program ini adalah untuk mendidik golongan kanak-kanak termasuk dewasa tentang kepentingan penjagaan kebersihan mulut dalam kehidupan seharian bagi memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan gigi dan mulut.

Ianya juga diharap dapat menjalinkan hubungan dan kolaborasi di antara agensi-agensi kerajaan ataupun swasta bersama PDRM dan sekali gus dapat meningkatkan persefahaman dan interaksi antara PDRM dan masyarakat umum.

YDH DCP Dato' Haji Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) telah mewakili YDH Ketua Polis Negara untuk merasmikan program tersebut.

Turut hadir, Y.Bhg Dr. Rusni binti Mohd Yusoff, Timbalan pengarah Ekreditasi & Globalisasi, Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia dan Y.Bhg Dr. Misliah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan (Pergigian), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bersama Ops Gigi Mega 1Malaysia.

Hadir sama, YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Ops Gigi Mega 1 Malaysia, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis, Pegawai-pegawai Perubatan dan dif-dif jemputan serta wakil-wakil media.

The Malaysia Book Of Records
Sesi pendaftaran.

The Malaysia Book Of Records
Sesi pendaftaran.

The Malaysia Book Of Records
Sesi pendaftaran.

The Malaysia Book Of Records
Antara peserta-peserta yang menjayakan Ops Gigi Mega 1 Malaysia.

The Malaysia Book Of Records
Kanak-kanak turut mengambil bahagian.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
YDH DCP Dato' Haji Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) menyampaikan ucapan.

The Malaysia Book Of Records
Upacara perasmian.

The Malaysia Book Of Records
Upacara perasmian.

The Malaysia Book Of Records
Petugas menunjukkan cara memberus gigi yang betul.

The Malaysia Book Of Records
Penyampaian cenderahati.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Sekitar program.

The Malaysia Book Of Records
Gerai Pameran PDRM.

The Malaysia Book Of Records
Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

The Malaysia Book Of Records
Pemeriksaan kesihatan.

The Malaysia Book Of Records
Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

The Malaysia Book Of Records
Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

The Malaysia Book Of Records
Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

The Malaysia Book Of Records
Pertandingan mewarna.

The Malaysia Book Of Records
Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM