Kuala Lumpur - 16 Jun 2012
Bertempat
di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur pada pagi ini, Bahagian
Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah menjayakan Ops Gigi Mega 1
Malaysia.
Kejayaan
mengumpul 7,424 orang peserta yang terdiri daripada warga PDRM dan
agensi-agensi seperti ATM, RELA dan JPAM, penuntut-penuntut Kolej Multi
Media, pelajar-pelajar sekolah di sekitar PULAPOL Kuala Lumpur dan juga
penduduk-penduduk kawasan Parlimen Setiawangsa, telah merealisasikan
program ini untuk dicatatkan di dalam 'The Malaysia Book Of Records'.
Program
Ops Gigi Mega 1Malaysia bersama warga PDRM ini telah diilhamkan oleh
mantan Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian), Dr. Hj. Ahmad bin Hj.
Abang. Program yang serupa ini pernah diadakan pada tahun 2005
melibatkan seramai 845 orang kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah
di mana ia telah mencatatkan rekod dalam 'The Malaysia Book Of Records'.
Rekod
tersebut telah diatasi oleh Program memberus gigi beramai-ramai yang
telah diadakan oleh jalan-Jalan Publications di Port-Dickson, melibatkan
penyertaan seramai 1,163 orang pada 2 Disember 2011.
Penganjuran
program ini adalah untuk mendidik golongan kanak-kanak termasuk dewasa
tentang kepentingan penjagaan kebersihan mulut dalam kehidupan seharian
bagi memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan gigi dan
mulut.
Ianya
juga diharap dapat menjalinkan hubungan dan kolaborasi di antara
agensi-agensi kerajaan ataupun swasta bersama PDRM dan sekali gus dapat
meningkatkan persefahaman dan interaksi antara PDRM dan masyarakat umum.
YDH
DCP Dato' Haji Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Latihan) telah mewakili YDH Ketua Polis Negara untuk merasmikan program
tersebut.
Turut
hadir, Y.Bhg Dr. Rusni binti Mohd Yusoff, Timbalan pengarah Ekreditasi
& Globalisasi, Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Y.Bhg Dr. Misliah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan
(Pergigian), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bersama Ops Gigi Mega 1Malaysia.
Hadir
sama, YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Ops Gigi Mega 1
Malaysia, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Ahli-ahli Persatuan Keluarga
Polis, Pegawai-pegawai Perubatan dan dif-dif jemputan serta wakil-wakil
media.

Sesi pendaftaran.

Sesi pendaftaran.

Sesi pendaftaran.

Antara peserta-peserta yang menjayakan Ops Gigi Mega 1 Malaysia.

Kanak-kanak turut mengambil bahagian.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

YDH DCP Dato' Haji Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) menyampaikan ucapan.

Upacara perasmian.

Upacara perasmian.

Petugas menunjukkan cara memberus gigi yang betul.

Penyampaian cenderahati.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Gerai Pameran PDRM.

Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan.

Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.

Pertandingan mewarna.

Gerai Pameran Kementerian Kesihatan.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
The Malaysia Book Of Records
Penganjuran program ini adalah untuk mendidik golongan kanak-kanak termasuk dewasa tentang kepentingan penjagaan kebersihan mulut dalam kehidupan seharian bagi memberi kesedaran betapa pentingnya menj..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-malaysia-book-of-records
Scan to view the latest live version.