Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

The Cops Catat Kemenangan Sulung

Published: 26 Feb 2018 7.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 26 Februari 2018 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) teruja meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana hasil kejayaan menewaskan Pulau Pinang (PP), 1-0 di Stadium Shah Alam, kelmarin. Jurulatih skuad The Cops, Zulhamizan Zakaria, berkata kemenangan itu amat dinantikan selepas merekodkan satu seri selain dua kali tewas pada tiga perlawanan lalu. "Saya puji semangat juang pemain kerana misi utama
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-cops-catat-kemenangan-sulung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:41 MYT

The Cops Catat Kemenangan SulungKuantan, 26 Februari 2018 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) teruja meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana hasil kejayaan menewaskan Pulau Pinang (PP), 1-0 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Jurulatih skuad The Cops, Zulhamizan Zakaria, berkata kemenangan itu amat dinantikan selepas merekodkan satu seri selain dua kali tewas pada tiga perlawanan lalu.

"Saya puji semangat juang pemain kerana misi utama pasukan ini mendapat kemenangan pertama akhirnya tercapai.

"Kejayaan ini seharusnya memberi inspirasi kepada kami untuk Iebih konsisten," katanya.

Kemenangan ke atas PP itu melonjakkan PDRM ke tangga kelapan Liga Perdana dengan himpunan empat mata setakat ini.

Pada tiga perlawanan lalu, PDRM terikat 1-1 dengan FELCRA FC selain tewas kepada FELDA United FC (2-6) dan Sabah (0-2).

Sumber : Berita Harian

ArticlePublished 26 Feb 2018 7.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM