Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Ragut Beg Tangan Wanita Warga Emas

Diterbitkan: 26 Feb 2018 7.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 26 Februari 2018 - Cubaan dua lelaki meragut beg tangan milik wanita warga emas yang mengandungi wang tunai RM200 gagal selepas mereka ditahan dalam kejadian di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, kedua-dua suspek berusia 33 dan 27 tahun serta positif dadah jenis methamphethamine itu diberkas di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini. Menuru
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-ragut-beg-tangan-wanita-warga-emas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:23 MYT

Dua Lelaki Ditahan Ragut Beg Tangan Wanita Warga EmasKota Bharu, 26 Februari 2018 - Cubaan dua lelaki meragut beg tangan milik wanita warga emas yang mengandungi wang tunai RM200 gagal selepas mereka ditahan dalam kejadian di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, kedua-dua suspek berusia 33 dan 27 tahun serta positif dadah jenis methamphethamine itu diberkas di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian ragut melibatkan seorang wanita daripada orang awam.

"Kedua-dua suspek menggunakan sebuah kereta jenis Proton Persona sebelum suspek pertama bertindak meragut beg mangsa.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada kepala kerana terjatuh di atas jalan raya ketika diragut," katanya di sini semalam.

Ibrahim memberitahu, hasil semakan terhadap suspek pertama yang berusia 33 tahun itu mendapati dia mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan meneuri manakala suspek kedua tidak memiliki rekod lampau.

Tambahnya, mereka kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Kesekaan kerana samun dan menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di taman tersebut yang berdurasi selama dua minit dan lima saat itu mula tersebar dan viral di laman sosial Facebook sejak semalam yang menunjukkan kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta Proton Persona berwarna hitam menunggu mangsa di tepi jalan.

Tidak lama kemudian, salah seorang suspek keluar daripada kereta dan mengekori mangsa hingga ke keretanya lalu merentap beg tangan wanita berkenaan hingga mengakibatkan mangsa terbaring berhampiran longkang.

Sumber : KOSMO

ArtikelDiterbitkan 26 Feb 2018 7.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM