Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tersilap Lompat Atas Motor Polis

Diterbitkan: 09 Mar 2015 2.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
GURUN: Tindakan seorang peminum ketum yang cuba melarikan diri daripada di cekup polis membawa pa dab apabila dia tersilap langkah melompat ke atas motosikal ditunggang seorang anggota polis yang disangka rakannya di Kampung Sungai Bongkok, di sini, petang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tersilap-lompat-atas-motor-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:18 MYT
GURUN: Tindakan seorang peminum ketum yang cuba melarikan diri daripada di cekup polis membawa pa dab apabila dia tersilap langkah melompat ke atas motosikal ditunggang seorang anggota polis yang disangka rakannya di Kampung Sungai Bongkok, di sini, petang kelmarin.

Lelaki itu ditahan bersama beberapa lagi Ielaki yang berada dalam sebuah rumah di kampung itu untuk membeli atau minum air ketum.

Dalam kejadian pada jam 6,15 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menyerbu sebuah rumah di kampung itu yang dijadikan sebagai tempat memproses dan menjual air ketum.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya memandang serius kegiatan menjual dan meminum air ketum yang semakin berleluasa di daerah ini.

"Serbuan ke atas rumah berkenaan dibuat selepas polis menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai kegiatan menjual dan memproses air ketum di rumah itu.

"Polis menahan 10 lelaki termasuk seorang penjual dalam serbuan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.
Tersilap Lompat Atas Motor Polis
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2015 2.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM