Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin

Diterbitkan: 08 Mar 2015 8.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Selama tempoh beliau bertugas dalam PDRM, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan dan telah melakukan pelbagai sumbangan dalam memastikan nama pasukan terus gah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-bersara-sdcp-dato-shabudin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:11 MYT

Kuala Lumpur, 8 Mac – “Pegawai yang berdisiplin akan menjadikan kita lebih maju dan berdaya saing,” pesan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab dalam ucapannya semalam.

Berucap sempena Majlis Makan Malam Sempena Persaraan SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab dan isteri, Datin Zawiyah Abu Hassan di Hotel Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan malam tadi, beliau turut menekankan perlunya keberanian untuk mencetuskan idea baharu demi meningkatkan mutu perkhidmatan kita (PDRM) kerana ianya akan membuka mata pihak lain untuk menghargai dan menghormati kita.

Beliau telah menyertai PDRM sejak 1976 dan akan menjalani persaraan wajib pada 12 Mac ini.

Selama tempoh beliau bertugas dalam PDRM, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan dan telah melakukan pelbagai sumbangan dalam memastikan nama pasukan terus gah.

Ini turut diakui oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun bahawa pemergian SDCP Dato’ Shabudin selepas ini akan menjadi satu kehilangan kepada pasukan kerana kepakaran beliau dalam tugas risikan dan pentadbiran.

Hanya doa dan ucapan terima kasih mampu kami ucapkan kepada SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab atas jasanya terhadap PDRM selama ini.

Selamat Bersara Dato’!

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Ketibaan SDCP Dato' Shabudin Abdul Wahab....

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
sesi bergambar kenangan...

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Sesi bergambar kenangan..

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan program pada hari ini..

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Persembahan yang mengiringi perjalanan majlis pada hari ini..

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun..

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Ucapan balas daripada SDCP Dato' Shabudin Abdul Wahab...

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun kepada SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab..

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudinsesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun kepada SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab..

Selamat Bersara Sdcp Dato Shabudin
Sesi bergambar kenangan...
ArtikelDiterbitkan 08 Mar 2015 8.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM