Oleh : Sjn Zaiddin Dahalan
TERIMA KASIH FELDA....
Kuala
Lumpur – 31 Julai 2013. Bertempat di Dewan Merak Kayangan Felda pada
petang ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( Federal Land
Development Authority ) telah mengatur program pemberian sumbangan warga
FELDA dari seluruh Malaysia, berupa barangan makanan kering dan tahan
lama kepada anggota keselamatan negara yang bertugas di perbatasan.
Sebanyak
929 kotak sumbangan kepada PDRM telah disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri
Dato' Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA
kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis di
Majlis Penyerahan Sumbangan Ikhlas Warga FELDA Kepada PDRM Dan ATM
Sempena Aidilfitri 2013/1434 H.
Hadir
sama dimajlis tersebut ialah Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin,
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Dato' Seri Mohamad Fuzi bin
HarunPengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism),
Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Pegawai-Pegawai Pengurusan
Tertinggi FELDA dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia.
"Sumbangan
FELDA pada hari ini juga merupakan satu kelangsungan semangat Hari
Pahlawan yang disambut di Dataran Merdeka pagi tadi, sudah pasti dapat
menyuntik semangat di kalangan warga PDRM untuk terus menabur bakti
kepada rakyat dan negara" ucap YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin,
Timbalan Ketua PolisNegara semasa ucapan balasnya.
Sebelum
ini, pihak FELDA juga telah banyak membantu PDRM terutamanya semasa
penugasan Op Daulat yang lalu daripada aspek penyediaan tempat tinggal
dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Pihak
FELDA juga telah mengambil inisiatif serta melaksanakan tanggungjawab
sosial diiringi semangat patriotik yang tinggi, dengan penyampaian
sumbangan kewangan kepada waris perwira negara yang terkorban dan cedera
di Lahad Datu dan Semporna Sabah ketika misi mempertahankan maruah dan
kedaulatan negara yang tercinta ini.

Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Utama Haji Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad, Pengerusi Felda

Ketibaan Pengerusi Felda

Nyanyian lagu Negaraku dan Semai Bakti...

YDH
DCP Dato' Abdul Samah bin Mat, Timbalan Pengarah JSJ
(Siasatan/Perundangan) dan YDH SAC Hashim bin Ali, Ketua Penolong
Pengarah Pengurusan (Bahagian Veteran) juga turut hadir...


Antara wakil PDRM yang hadir

Bacaan doa selamat...

Ucapan oleh Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia...

Ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Ucapan Y.Bhg Pengerusi Felda

Penyerahan Kotak Sumbangan Ikhlas Warga Felda kepada ATM

Penyerahan Kotak Sumbangan Ikhlas Warga Felda kepada PDRM

Cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara...

Sidang Media...


Jamuan berbuka puasa

Tetamu dihiburkan dengan nyayian nasyid..
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Terima Kasih Felda
Kuala Lumpur – 31 Julai 2013. Bertempat di Dewan Merak Kayangan Felda pada petang ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( Federal Land Development Authority ) telah mengatur program pemberian sumban..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terima-kasih-felda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.