Oleh : L/Kpl Raymond Martin
SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2013
Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 – Hari Pahlawan pada tahun ini disambut dengan penuh istiadat di Dataran Merdeka pada pagi ini.
Polis
Diraja Malaysia (PDRM), selaku penganjur pada tahun ini dengan
kerjasama dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyempurnakan
upacara istiadat ini dengan jayanya. Terdapat berbagai pertunjukkan yang
menarik seperti kawad berirama, tarian perang, serta persembahan
pantomen yang mengisahkan Sejarah Pejuang Negara Berjudul 'Lahad Datu
Berdarah'.
Turut
hadir di upacara istiadat ini ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul
Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Perdana Menteri,
YAB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, pembesar-pembesar
Negara, kepimpinan dan warga ATM, PDRM serta orang awam.

Panji Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (kuning) dan Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (hijau) diarak masuk ke padang

Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah

Deklamasi sajak oleh ASP Mohamed bin Mahat

Deklamasi sajak oleh DSP Rose Baini binti Kassim

Gabungan pancaragam ATM dan PDRM

Persembahan Tarian Perang

'Warchant' oleh 69 Komando PDRM






Pantomen Pengisahan Sejarah Pejuang-pejuang Negara bertajuk 'Lahad Datu Berdarah'