Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Terima Kasih Felda

Published: 12 Jun 2014 7.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur – 31 Julai 2013. Bertempat di Dewan Merak Kayangan Felda pada petang ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( Federal Land Development Authority ) telah mengatur program pemberian sumban..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terima-kasih-felda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:03 MYT

Oleh : Sjn Zaiddin Dahalan

TERIMA KASIH FELDA....

Kuala Lumpur – 31 Julai 2013. Bertempat di Dewan Merak Kayangan Felda pada petang ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( Federal Land Development Authority ) telah mengatur program pemberian sumbangan warga FELDA dari seluruh Malaysia, berupa barangan makanan kering dan tahan lama kepada anggota keselamatan negara yang bertugas di perbatasan.

Sebanyak 929 kotak sumbangan kepada PDRM telah disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis di Majlis Penyerahan Sumbangan Ikhlas Warga FELDA Kepada PDRM Dan ATM Sempena Aidilfitri 2013/1434 H.


Hadir sama dimajlis tersebut ialah Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Dato' Seri Mohamad Fuzi bin HarunPengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi FELDA dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia.

"Sumbangan FELDA pada hari ini juga merupakan satu kelangsungan semangat Hari Pahlawan yang disambut di Dataran Merdeka pagi tadi, sudah pasti dapat menyuntik semangat di kalangan warga PDRM untuk terus menabur bakti kepada rakyat dan negara" ucap YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua PolisNegara semasa ucapan balasnya.

Sebelum ini, pihak FELDA juga telah banyak membantu PDRM terutamanya semasa penugasan Op Daulat yang lalu daripada aspek penyediaan tempat tinggal dan kemudahan-kemudahan yang lain.


Pihak FELDA juga telah mengambil inisiatif serta melaksanakan tanggungjawab sosial diiringi semangat patriotik yang tinggi, dengan penyampaian sumbangan kewangan kepada waris perwira negara yang terkorban dan cedera di Lahad Datu dan Semporna Sabah ketika misi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara yang tercinta ini.

Terima Kasih Felda
Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Utama Haji Mohd Isa bin Dato' Haji Abdul Samad, Pengerusi Felda

Terima Kasih Felda
Ketibaan Pengerusi Felda
Terima Kasih Felda
Nyanyian lagu Negaraku dan Semai Bakti...

Terima Kasih Felda
YDH DCP Dato' Abdul Samah bin Mat, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) dan YDH SAC Hashim bin Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Bahagian Veteran) juga turut hadir...

Terima Kasih Felda
Terima Kasih Felda
Antara wakil PDRM yang hadir

Terima Kasih Felda
Bacaan doa selamat...

Terima Kasih Felda
Ucapan oleh Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia...

Terima Kasih Felda
Ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Terima Kasih Felda
Ucapan Y.Bhg Pengerusi Felda

Terima Kasih Felda
Penyerahan Kotak Sumbangan Ikhlas Warga Felda kepada ATM

Terima Kasih Felda
Penyerahan Kotak Sumbangan Ikhlas Warga Felda kepada PDRM

Terima Kasih Felda
Cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara...

Terima Kasih Felda
Sidang Media...

Terima Kasih Felda
Terima Kasih Felda
Jamuan berbuka puasa

Terima Kasih Felda
Tetamu dihiburkan dengan nyayian nasyid..

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM