Langkawi
- 11 Disember 2011. Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011
(Langkawi International Maritime and Aerospace - LIMA'11) yang bermula
pada 6 Disember dan berakhir pada 10 Disember 2011, mencipta sejarah
tersendiri apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pameran maritim dan aeroangkasa terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.
Lima
'11 menjadi edisi terbaik sepanjang penganjuran sejak tahun 1991 kerana
peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan
kapal. Dengan penyertaan 403 syarikat pempamer dari 35 buah negara
termasuk 225 pemain utama industri aeroangkasa dan maritim dunia, LIMA
'11 turut menempa rekod baru dengan 160,000 pengunjung sepanjang lima
hari ia berlangsung.
Bersama
gandingan Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia, segmen udara telah berlangsung di Pusat
Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan demonstrasi statik air di Awana
Porto Malai, menjadikan LIMA '11 sebagai medium mengeratkan hubungan
dengan agensi negara jiran dan juga antarabangsa.
Pelbagai
syarikat pesawat terkemuka luar negara seperti Boeing, Airbus, DCNS,
Daewo, Blom and Voss, Embraer, Sikorsky, Gulfstream, Sukhoi, Navantia
dan Dassault Aviation telah mempamerkan aset pertahanan dan komersial
yang tercanggih di dunia.
Turut
menjadi tumpuan pengunjung ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet,
Eurofighter Typhoon, Rafale, Gripen, kapal pengangkut C-17 Globemaster
III, helikopter canggih Eurocopter Tiger HAD, Sikorsky S 92, AW 149
buatan Agusta Westland dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Sukhoi
Su-30.
Sementara
itu, di Awana Porto Malai, kapal selam KD Tun Razak dan 11 kapal
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kapal perang ROKS Kang Gam Chan dan
ROKS Chun Ji milik Korea Selatan, BNS Dhaleshwari milik Bangladesh, PNS
Saif (Pakistan), kapal pemusnah USS Wilbur dari Amerika Syarikat, RSS
Supreme (Singapura) dan HMAS Glenelg (Australia) turut menjadi perhatian
pengunjung.
Bagi
melancarkan kelancaran kawalan keselamatan dan lalulintas, Polis Diraja
Malaysia telah menempatkan lebih 600 anggota di Jeti Kuala Kedah, Kuala
Perlis dan Langkawi sepanjang berlangsungnya LIMA '11.

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YB
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan dan Y.Bhg
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan
Tentera Malaysia menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia...

YAB
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
di Majlis Perasmian LIMA 2011 di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri,
Langkawi

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri...

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga turut hadir di majlis perasmian...

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan
Tentera Malaysia

Ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia...

Kapal Bajau...cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia





YDH Ketua Polis Negara melawat Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri









Mantan Pengarah Pengurusan PDRM melawat gerai pameran Polis Diraja Malaysia
Gambar-gambar sekitar pameran udara






















Pasukan
1Malaysia Aerobatik TUDM yang dikenali juga sebagai Pasukan Krisakti
menggunakan pesawat Su-30MKM, MiG-29N, Extra 300L dan pesawat F5E,
menghiburkan pengunjung yang menyaksikan LIMA '11
Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan, L/Kpl Mohd Shareel Shahriman & L/Kpl Fansus Jangor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Terhebat Lima 2011
Turut menjadi tumpuan pengunjung ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale, Gripen, kapal pengangkut C-17 Globemaster III, helikopter canggih Eurocopter Tiger HAD, Sikorsky ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terhebat-lima-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.