Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh PDRM bersama-sama lain-lain agensi, sama ada di bawah NKRA atau Blue Ocean Strategy, kesemuanya adalah berkisar kepada inovasi dan kreativiti se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bergabung-tiga-penjuru-blue-ocean-strategy
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:42 MYT

Kuala Lumpur, 14 Disember 2011- Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, hadir hari ini dalam acara perasmian Majlis Pelancaran Rondaan Bersama PDRM, RELA dan JPAM. 'Gabungan hebat' bagi mencapai KPI penurunan indek jenayah di negara Malaysia melalui strategi yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu program Blue Ocean Strategy (BOS) telah berlangsung  di sekitar kawasan Taman Tun Dr. Ismail dan Damansara, hari ini.

"Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh PDRM bersama-sama lain-lain agensi, sama ada di bawah NKRA atau Blue Ocean Strategy, kesemuanya adalah berkisar kepada inovasi dan kreativiti serta diharapkan akan membawa kesejahteraan dan keamanan berpanjangan terutama kepada rakyat di Malaysia", kata YDH Ketua Polis Negara. 

Jika pada satu masa lalu, inovasi hanya dikaitkan dengan sektor swasta, terutamanya sektor pembuatan dan perkilangan, kini tumpuan inovasi adalah kepada sektor perkhidmatan dan pada asasnya, sektor perkhidmatan yang tidak berorientasikan keuntungan atau 'non-profit organizations', merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sesebuah negara untuk manfaat rakyat, tambah beliau lagi.

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melibatkan transformasi sektor awam dan PDRM mendukung penuh program transformasi ini kerana ianya memberi faedah dan implikasi positif kepada organisasi, rakyat dan kerajaan.

PDRM sentiasa mencari kaedah-kaedah baru sama ada melalui penyelidikan dalaman, perkhidmatan perunding, atau agensi-agensi yang membantu untuk terus meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti di dalam organisasi PDRM. Inisiatif rondaan bersama PDRM, JPAM dan RELA yang akan dilaksanakan pada hari ini merupakan manifestasi kepada penekanan untuk meningkatkan 'value for money', lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang menuntut agensi-agensi sektor awam untuk 'doing more for less'.
 
YDH Ketua Polis Negara juga berkata, 'Doing more' kerana penggemblengan tenaga tiga agensi akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, dan 'for less' kerana faktor-faktor penjimatan kewangan dan sumber manusia dapat dioptimakan sebaik-baiknya untuk manfaat organisasi PDRM, JPAM dan RELA.

Program seperti ini merupakan tonggak asas dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam dan YAB Perdana Menteri juga menyarankan prestasi ditingkatkan melalui pendekatan 3C, iaitu 'Creativity, Communication and Collaboration'. Justeru, pelancaran kerjasama strategik di antara PDRM, JPAM dan RELA melalui rondaan bersama pada hari ini adalah merupakan langkah ke arah merealisasikan seruan tersebut.

Konsep sentral 'Blue Ocean Strategy' adalah mengenai pemikiran di luar kebiasaan yang mengaplikasikan kaedah-kaedah yang kreatif dan inovatif, tetapi dalam masa yang sama dengan menggunakan sumber dan kos yang minimum. Ringkasnya, BOS adalah mengenai 'thinking outside the box'.

Kolaborasi pencegahan jenayah bersama di antara PDRM dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri ini bukanlah perkara baru kerana ianya telah pun dimulakan sebelum ini oleh PDRM dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membabitkan pelaksanaan tugas rondaan polis bersama anggota tentera di beberapa daerah terpilih yang terbukti telah berjaya menurunkan kadar jenayah indeks dan kadar jenayah jalanan.

Ekoran daripada keberkesanan dalam kolaborasi bersama di antara PDRM dan ATM tersebut, PDRM kini bekerjasama pula dengan pihak JPAM dan RELA untuk meningkatkan 'omnipresence' dan 'high visibility'.

Melalui program  'Blue Ocean Strategy' ini ia dapat mengurangkan perasaan 'fear of becoming the victim of crime' dan seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi PDRM, JPAM dan RELA serta akan turut dipanjangkan ke lain-lain daerah di seluruh negara.

Seramai 40,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) disediakan di seluruh negara bagi mengurangkan peratusan kegiatan jenayah bermula 1 Januari tahun depan. 

"Peratusan kebimbangan persepsi masyarakat terhadap jenayah sehingga Oktober lepas telah menunjukkan prestasi yang baik. "Dua tahun yang lepas perasaan takut yang wujud di kalangan penduduk menunjukkan lebih kurang 58 peratus tapi tahun ini perasaan itu telah turun lebih kurang 48 peratus. Ini adalah sumber yang dikeluarkan dari TNS (syarikat yang dilantik oleh PDRM untuk mengkaji peratusan NKRA)", ucap YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar.

Ketua Polis Negara juga brkata, JPAM dan RELA telah diberikan kuasa Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) yang sama seperti polis biasa untuk membuat tindakan dalam keadaan yang tertentu. Anggota RELA dan JPAM adalah aset PDRM untuk bekerjasama, mereka telah dilatih untuk mengawal lalu lintas dan membantu mencegah jenayah. 

"Setiap anggota berkenaan sudah pun diberikan latihan untuk memulakan tugas bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga melalui rondaan. Sebagai permulaan, hari ini adalah hari pertama mereka membuat rondaan bagi kawasan Brickfields dan Damansara. Lebih 5,000 daripada anggota-anggota ini pula akan menjalankan rondaan bersama di seluruh kawasan Lembah Klang bermula tahun depan",  ucapan perasmian oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau turut berkata, penggunaan alat elektronik juga adalah salah satu cara mempertingkatkan lagi pengurangan kadar jenayah di negara ini. seperti melalui bajet (Belanjawan 2012) yang dikeluarkan Perdana Menteri, memang ada peruntukan untuk kamera CCTV. CCTV sedia ada akan dipasang semula secara berperingkat di setiap negeri mengikut kawasan-kawasan yang terpilih terutama kawasan "hotspot".

Turut hadir bagi di majlis  tersebut ialah Yang Berbahagia Dato' Wahab bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Halim bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Yang Berbahagia Dato' Mustafa bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Yang Dihormati Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Yang Dihormati Komisioner Polis Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Yang Dihormati Komisioner Polis Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, Yang Dihormati Senior Asisten Komisioner Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Encik Alex Iskandar Liew, Pengarah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Yang Berbahagia Dato' William W.T. Lim, Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Dato'-Dato', Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan Polis, JPAM dan RELA, Pengerusi Persatuan-persatuan Penduduk dan wakil-wakil media.


Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Ketibaan YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
"Nyayian lagu Negaraku" Pegawai kanan memberi tabik hormat...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bacaan doa bagi memberkati majlis....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Antara barisan Kehormat....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Ucapan YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
"Hiburan" Satu sketsa telah dipersembahkan kepada tetamu yang hadir....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Pelancaran Rondaan Cegah Jenayah Bersama PDRM, RELA dan JPAM...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu daripada Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA)...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu daripada Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dan JPAM....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu Unit Rondaan Motokar PDRM, RELA  dan JPAM....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu Unit Rondaan Anjing (K9) PDRM....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu Unit Rondaan Berkuda PDRM....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Lintas lalu Unit Pancaragam PDRM....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Antara wakil persatuan penduduk menyampaikan cenderahati...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri..

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara...

 Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
"Walkabout" Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara melawat premis - premis perniagaan di kawasan sekitar..

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Antara tetamu yang hadir....

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra dengan  tetamu yang hadir...

Bergabung Tiga Penjuru Blue Ocean Strategy
"Mengambil peluang yang ada" Bergambar kenangan bersama pemimpin tonggak utama 3 penjuru..


Wartawan/Jurugambar: L/kpl Mohd Helmi Bin Saadin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM