Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Terhebat Lima 2011

Published: 11 Jun 2014 8.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Turut menjadi tumpuan pengunjung ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale, Gripen, kapal pengangkut C-17 Globemaster III, helikopter canggih Eurocopter Tiger HAD, Sikorsky ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terhebat-lima-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:09 MYT

Langkawi - 11 Disember 2011. Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (Langkawi International Maritime and Aerospace - LIMA'11) yang bermula pada 6 Disember dan berakhir pada 10 Disember 2011, mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pameran maritim dan aeroangkasa terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.

Lima '11 menjadi edisi terbaik sepanjang penganjuran sejak tahun 1991 kerana peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan kapal. Dengan penyertaan 403 syarikat pempamer dari 35 buah negara termasuk 225 pemain utama industri aeroangkasa dan maritim dunia,  LIMA '11 turut menempa rekod baru dengan 160,000 pengunjung sepanjang lima hari ia berlangsung.

Bersama gandingan Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, segmen udara telah berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan demonstrasi statik air di Awana Porto Malai, menjadikan LIMA '11 sebagai medium mengeratkan hubungan dengan agensi negara jiran dan juga antarabangsa.

Pelbagai syarikat pesawat terkemuka luar negara seperti Boeing, Airbus, DCNS, Daewo, Blom and Voss, Embraer, Sikorsky, Gulfstream, Sukhoi, Navantia dan Dassault Aviation telah mempamerkan aset pertahanan dan komersial yang tercanggih di dunia.

Turut menjadi tumpuan pengunjung ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale, Gripen, kapal pengangkut C-17 Globemaster III, helikopter canggih Eurocopter Tiger HAD, Sikorsky S 92, AW 149 buatan Agusta Westland dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Sukhoi Su-30.

Sementara itu, di Awana Porto Malai, kapal selam KD Tun Razak dan 11 kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kapal perang ROKS Kang Gam Chan dan ROKS Chun Ji milik Korea Selatan, BNS Dhaleshwari milik Bangladesh, PNS Saif (Pakistan), kapal pemusnah USS Wilbur dari Amerika Syarikat, RSS Supreme (Singapura) dan HMAS Glenelg (Australia) turut menjadi perhatian pengunjung.

Bagi melancarkan kelancaran kawalan keselamatan dan lalulintas, Polis Diraja Malaysia telah menempatkan lebih 600 anggota di Jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi sepanjang berlangsungnya LIMA '11.

Terhebat Lima 2011
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan dan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia...

Terhebat Lima 2011
YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Majlis Perasmian LIMA 2011 di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi

Terhebat Lima 2011
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri...

Terhebat Lima 2011
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga turut hadir di majlis perasmian...

Terhebat Lima 2011
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Terhebat Lima 2011
Ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia...

Terhebat Lima 2011
Kapal Bajau...cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011

YDH Ketua Polis Negara melawat Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011

Terhebat Lima 2011
Mantan Pengarah Pengurusan PDRM melawat gerai pameran Polis Diraja Malaysia

Gambar-gambar sekitar pameran udara
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011

Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Terhebat Lima 2011
Pasukan 1Malaysia Aerobatik TUDM yang dikenali juga sebagai Pasukan Krisakti menggunakan pesawat Su-30MKM, MiG-29N, Extra 300L dan pesawat F5E, menghiburkan pengunjung yang menyaksikan LIMA '11



Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto   : Sjn Zaiddin Dahalan, L/Kpl Mohd Shareel Shahriman & L/Kpl Fansus Jangor

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM