Terap Pengetahuan Trafik Dan Dadah Dalam Pendidikan Awal Sekolah
Oleh : Kpl Edwind Indo
Nilai, 7 September 2016 – Cadangan menerapkan akedemik trafik dan dadah dalam pendidikan awal sekolah dilihat mampu untuk memberi kesedaran awal kepada pelajar-pelajar.
Pandangan itu antara yang diajukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media ringkas selepas menyampaikan syarahan umum sempena ‘CEO Faculty Programme’ (CFP) berlangsung di Dewan Tuanku Canselor Universiti Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.
Menurutnya, langkah awal itu antara kaedah untuk mengelakkan golongan remaja terpengaruh kepada gejala rempit dan najis dadah sehingga menjadi masalah jenayah negara ini.
“Saya pernah mencadangkan agenda itu dan kita tunggu pertimbangan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan”, ujarnya lagi.
Terdahulu, beliau telah mengadakan syarahan umum serta perkembangan semasa mengenai jenayah narkotik, komersil, ancaman gerakan ekstremis dan media sosial di hadapan lebih kurang 1500 orang pelajar USIM.
Turut hadir adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Narenasagaran A/L Thangavelu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, DATUK Mohd Khalil Kader Mohd dan warga USIM.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar mendaftar sebagai duta professor USIM disaksikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad