Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Jenis Kokain Dan Syabu Bernilai Rm3 Juta Dirampas Jsjn

Diterbitkan: 07 Sep 2016 5.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 7 September 2016 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) berjaya merampas dadah disyaki kokain dan syabu bernilai RM3 juta dalam serbuan terbaru di sekitar Selangor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-jenis-kokain-dan-syabu-bernilai-rm3-juta-dirampas-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT

Kuala Lumpur, 7 September 2016 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) berjaya merampas dadah disyaki kokain dan syabu bernilai RM3 juta dalam serbuan terbaru di sekitar Selangor.

Ketua Penolong Pengarah JSJN, SAC Kang Chez Chiang dalam sidang media berkata kejayaan terbaru ini hasil kerjasama dengan Agensi Dadah Luar (DEA) melancarkan enam serbuan iaitu di Seri Kembangan, Puchong, KLIA dan Petaling Jaya.

Serbuan turut berjaya menahan empat lelaki warganegara Nigeria, tiga wanita dan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki dijadikan keldai dadah bagi sindiket tersebut.

Beliau berkata, sindiket pengedaran dadah sentiasa mengubah taktik dan modus operandi mereka bagi menembusi pintu masuk sempadan negara dan dalam pada masa yang sama turut menjadikan warga tempatan serta syarikat perkhidmatan kurier sebagai keldai dadah untuk menyeludup masuk barang terlarang tersebut.

Kejayaan tangkapan dan rampasan JSJN bermula Januari sehingga 1 September 2016 mencatatkan tangkapan seramai 135,764 orang serta keseluruhan rampasan yang terdiri daripada pelbagai jenis dadah sintetik dan tradisional bernilai RM164.53 juta.

Katanya, JSJN sentiasa konsisten dalam menjalankan risikan dan memandang serius aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini. PDRM akan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Agensi Penguatkuasa Dadah Antarbangsa bagi mencapai matlamat tersebut.

_MG_7657
Ketua Penolong Pengarah JSJN, SAC Kang Chez Chiang semasa sidang media.

_MG_7631
Antara dadah yang dirampas.

_MG_7636
SAC Kang Chez Chiang menunjukkan cara dadah disembunyikan.

_MG_7686
SAC Kang Chez Chiang menunjukkan cara dadah disembunyikan.

_MG_7693
SAC Kang Chez Chiang menunjukkan cara dadah disembunyikan.

_MG_7702
SAC Kang Chez Chiang menunjukkan cara dadah disembunyikan.
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2016 5.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM