Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tengku Marsilla Lawat Perkep Bukit Aman

Published: 09 Jun 2014 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 21 Mei 2009. Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Diraja..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tengku-marsilla-lawat-perkep-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:17 MYT

Bukit Aman - 21 Mei 2009. Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Ketibaan beliau di Rumah PERKEP telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara dan isteri Puan Sri Juriah Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Turut sama menyambut ketibaan beliau ialah Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Hajjah Suriati Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia , pengarah-pengarah tujuh jabatan PDRM serta isteri masing-masing

Yang Mulia Datin Seri Tengku Marsilla telah memulakan lawatan ke Rumah Induk PERKEP, Rumah Tetamu PERKEP dan Dewan Serbaguna PERKEP.

Sementara di Mess Pegawai Kanan Polis telah diadakan majlis hi-tea Jalinan Kemesraan sempena lawatan tersebut. Pelbagai acara telah disusunatur bagi memeriahkan jamuan petang itu. Antaranya persembahan nyanyian dan tarian oleh ahli-ahli PERKEP yang berbakat dan penyampaian cenderahati.

Persembahan mereka telah diiringi oleh Kombo PDRM dan kumpulan Muzik PERKEP yang dipimpin oleh Supt. Alina Saad, Pengarah Muzik PDRM.

Tengku Marsilla Lawat Perkep Bukit Aman
Ketibaan Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah telah disambut oleh Puan Sri Juriah Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia bersama-sama ahli-ahli PERKEP.


Tengku Marsilla Lawat Perkep Bukit Aman
Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah menadatangani Buku Pelawat di Rumah PERKEP Bukit Aman.

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM