Tengku Marsilla Lawat Perkep Bukit Aman
Bukit Aman - 21 Mei
2009. Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Dalam
Negeri, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn telah mengadakan
lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Ketibaan
beliau di Rumah PERKEP telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa Dato' Hj.
Hassan, Ketua Polis Negara dan isteri Puan Sri Juriah Dato' Ahmad,
Pengerusi PERKEP Malaysia.
Turut sama menyambut ketibaan beliau ialah Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Hajjah Suriati Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia , pengarah-pengarah tujuh jabatan PDRM serta isteri masing-masing
Yang Mulia Datin Seri Tengku Marsilla telah memulakan lawatan ke Rumah Induk PERKEP, Rumah Tetamu PERKEP dan Dewan Serbaguna PERKEP.
Sementara di Mess Pegawai Kanan Polis telah diadakan majlis hi-tea Jalinan Kemesraan sempena lawatan tersebut. Pelbagai acara telah disusunatur bagi memeriahkan jamuan petang itu. Antaranya persembahan nyanyian dan tarian oleh ahli-ahli PERKEP yang berbakat dan penyampaian cenderahati.
Persembahan mereka
telah diiringi oleh Kombo PDRM dan kumpulan Muzik PERKEP yang dipimpin
oleh Supt. Alina Saad, Pengarah Muzik PDRM.

Ketibaan
Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah telah disambut oleh Puan Sri
Juriah Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia bersama-sama ahli-ahli
PERKEP.

Yang Mulia Tengku Marsilla Tengku Abdullah menadatangani Buku Pelawat di Rumah PERKEP Bukit Aman.