Tempoh 7 Tahun Saksi Kecemerlangan Dalam Menggalas Tanggungjawab Menjaga Keselamatan Vvip Dan Masyar
Cheras , 1 April 2011
"Pada
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
pegawai dan anggota kerana selama ini anda semua telah berjaya
melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan jayanya,
tanpa sebarang insiden atau kejadian besar yang boleh menjejaskan
keselamatan VVIP yang kita kawal dan masyarakat sekelilingnya," ujar YDH
Supt Amir Hassan bin Bistamam, Pegawai Pemerintah Batalion 19 (BN 19)
Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.
Berucap
sempena Perbarisan Ulang Tahun Ke 7 Penubuhan BN 19 PGA di dataran
kawad, Markas Briged Tengah PGA Cheras, beliau menjelaskan walaupun
penugasan BN 19 ini menjurus kepada kawalan keselamatan di
kediaman-kediaman menteri, pejabat-pejabat kedutaan asing dan
kediaman-kediaman VVIP, tugas mencegah jenayah dan ketenteraman awam
tidak boleh disisihkan, selari dengan misi pasukan, 'Memberi
Perkhidmatan Profesional Dan Berkualiti Dalam Melindungi Negara Dan
Menjamin Persekitaran Yang Selamat Bagi Masyarakat'.
Sehubungan
itu, beliau menambah, dalam mencapai visi dan misi pasukan, integrasi
dan kolaborasi merupakan pendekatan strategik yang perlu diketengahkan
untuk meningkatkan keupayaan professional pasukan.
Upacara
perbarisan pada hari ini turut menyaksikan Majlis Sumbangan Wang
Pakatan Khairat Kematian dan Insurans kepada balu dan waris-waris
anggota BN 19 yang telah meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan
mereka.
Selain
itu, perjalanan upacara perbarisan ini juga diselangi dengan majlis
penyerahan sijil pengesahan jawatan konstabel yang diwakili oleh
pegawai-pegawai dari Kompeni A, B dan D BN 19 PGA.
Mengimbas kembali
sejarah penubuhan BN 19, ekoran daripada pembangunan pesat negara dalam
pelbagai bidang serta bagi menangani gejala jenayah, sosial serta
amcaman terhadap VVIP, pada 23 Julai 2003, Perdana Menteri dalam
mesyuarat post kabinet telah bersetuju supaya ditubuhkan satu pasukan
kawalan keselamatan VVIP yang cekap, terlatih serta terdiri daripada
pegawai dan anggota polis yang berkeupayaan tinggi.
Batalion ini mula mengambil alih tugas kawalan keselamatan kediaman VVIP dan sasaran penting daripada Cawangan Pengawal Pengiring, Kontinjen Kuala Lumpur pada 2 Julai 2004 secara berperingkat-peringkat.
Sehingga kini, batalion ini terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan tugas dan tanggungjawab yang semakin mencabar.
Tanggal 25 Mac 2007,
batalion ini sekali lagi mencatat sejarah apabila dianugerahkan
Panji-Panji DiRaja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin di Dataran Merdeka sempena Sambutan Hari Polis ke
200 Tahun.
Pada ketika itu,
panji-panji BN 19 PGA telah diterima oleh Y.Bhg Supt. Ahmad Amir bin
Mohd Hasim, mantan pegawai pemerintah batalion bersama pegawai dan
anggota BN 19 PGA dan diarak dengan menunggang kuda bersama-sama dengan
17 Panji-panji Batalion PGA yang lain.
Detik bersejarah tersebut juga dirakam dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM dan TV3.
Hari ini, genaplah 7
tahun penubuhan batalion ini dan ianya bernaung di bawah Komander Briged
Tengah PGA dan berpangkalan di Markas Briged Tengah Cheras, Selangor.
Mempunyai kekuatan seramai 36 pegawai kanan dan 1024 anggota serta 8 kakitangan awam, batalion ini diketuai YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam selaku Pegawai Pemerintah dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Pemerintah iaitu YDH DSP Manoraj a/l Appookutty, Penolong Pegawai Pemerintah (Operasi) dan YDH DSP Mohd Taufik bin Maidin, Penolong Pegawai Pemerintah (Pentadbiran).

Antara Pegawai-pegawai Kanan yang hadir.

hadir sama...PERKEP Batalion 19.

Kawalan Kehormatan masuk ke dalam medan perbarisan.

Ketibaan YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 diiring oleh YDH DSP Manoraj a/l Appookutty, Penolong Pegawai Pemerintah (Operasi) dan YDH DSP Mohd Taufik bin Maidin, Penolong Pegawai Pemerintah (Pentabdiran)

YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan.

Pemeriksaan Baris oleh YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris.

Antara Detachment yang hadir.

Hadir sama jemputan khas iaitu penerima sumbangan waris anggota yang telah meninggal dunia.

Ucapan dan amanat oleh YDH Supt Amir Hassan bin Bistamam, Pegawai Pemerintah Batalion 19.
Pegawai Kanan menerima menerima sijil pengesahan jawatan bagi mewakili Konstabel kompeni A, B dan D




Terima sumbangan Wang Pakatan Khairat Kematian dan Insurans... Puan Rosyatimah binti Normin, balu Allahyarham L/kpl Mohd Khairi bin Ab Kadir

Konstabel Suffiandy bin Sairi, wakil kepada pewaris arwah Konstabel Bryan Maxwell anak Jayub

Encik Philips Duit, waris kepada arwah Konstabel Athanasuis Maximillian a/k Felix

Selesai perbarisan pada pagi ini..

YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam bersama wartawan

YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai Kanan dan waris keluarga

Bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis

Bergambar kenangan bersama Pengerusi PERKEP Batalion 19

Bergambar kenangan bersama AJK upacara perbarisan.
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin