Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tekong Warga Indonesia Ditahan Cuba Seludup Keluar Rakan Senegara

Published: 15 May 2016 12.04 PM Updated: 15 Aug 2026 7.27 PM
Johor Baharu, 15 Mei 2016 - Tindakan seorang tekong warga Indonesia cuba menyeludup rakan senegaranya keluar dari negara ini dengan menutup mereka menggunakan jaring di atas sebuah bot nelayan, dapat dikesan pasukan Polis Marin di perairan Kesang, Muar pada Jumaat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tekong-warga-indonesia-ditahan-cuba-seludup-keluar-rakan-senegara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:12 MYT
Johor Baharu, 15 Mei 2016 - Tindakan seorang tekong warga Indonesia cuba menyeludup rakan senegaranya keluar dari negara ini dengan menutup mereka menggunakan jaring di atas sebuah bot nelayan, dapat dikesan pasukan Polis Marin di perairan Kesang, Muar pada Jumaat.
 
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan semasa dalam perjalanan membawa keluar kesemua tiga rakyat senegaranya itu melalui jalan tidak diwartakan.
 
"Tekong itu bekerja sebagai nelayan namun, pada masa sama membuat kerja penyeludupan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata tekong itu akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala tiga PATI akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.- BERNAMA
ArticlePublished 15 May 2016 12.04 PMUpdated 15 Aug 2026 7.27 PM