Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

TARIKH DAN PUSAT TEMUDUGA HANYA BAGI MEREKA YANG TELAH MEMOHON MELALUI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Diterbitkan: 06 Mar 2015 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Maklumat mengenai tarikh-tarikh dan 23 pusat temuduga bagi tujuan pengambilan konstabel (lelaki) tahun 2014 yang disebarkan melalui media sosial kebelakangan ini adalah KURANG TEPAT.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tarikh-dan-pusat-temuduga-hanya-bagi-mereka-yang-telah-memohon-melalui-suruhanjaya-perkhidmatan-awam-spa-20150306
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:20 MYT
Maklumat mengenai tarikh-tarikh dan 23 pusat temuduga bagi tujuan pengambilan konstabel (lelaki) tahun 2014 yang disebarkan melalui media sosial kebelakangan ini adalah KURANG TEPAT.

Tarikh-tarikh dan pusat-pusat temuduga tersebut hanya terpakai untuk calon-calon yang telah terlebih awal memohon untuk jawatan yang dimaksudkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan dipanggil untuk proses temuduga kerana memenuhi syarat-syarat kelayakan serta berjaya dalam ujian fizikal. Tiada Temuduga Terbuka berjalan ketika ini.

Warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai perkhidmatan Polis boleh memohon secara 'online' (Borang SPA8) di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my.

ACP Datin Asmawati Binti Ahmad
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

TARIKH DAN PUSAT TEMUDUGA HANYA BAGI MEREKA YANG TELAH MEMOHON MELALUI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2015 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM