Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Kod Panggilan Telefon Antarabangsa

Diterbitkan: 06 Mar 2015 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
PERINGATAN: PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-kod-panggilan-telefon-antarabangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:13 MYT
PERINGATAN: PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 kerana setiap pemanggil yang menjawab panggilan itu akan dikenakan bayaran perkhidmatan panggilan antarabangsa seperti yang ditetapkan syarikat telekomunikasi yang dilanggan.

Namun demikian, panggilan berkenaan yang dikatakan mampu menyalin maklumat peribadi pemilik telefon berkenaan dalam tempoh tiga saat sebaik panggilan dijawab adalah tidak benar.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui.

Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

Hebahan Kod Panggilan Telefon Antarabangsa
ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2015 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM