Tanda Komited Terhadap Usaha Kpn Mcpf Hantar Pegawai Pdrm Ke Australia
"Tiada arahan dari Bukit Aman ataupun KPN, Kami (MCPF) dengan rasa penuh tanggungjawab serta mahu menaikkan imej PDRM dengan ini menghantar pegawai Polis ke Melbourne Australia " Jelas Tan Sri Robert Phang, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia / Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) di sini malam tadi.
Beliau berucap pada sidang media bersempena dengan majlis menghantar delegasi yang terdiri daripada 5 pegawai PDRM (termasuk pegawai kanan dan anggota) ke Melbourne Australia untuk berlepas bagi lawatan kerja sambil belajar di Victoria Police selama 2 minggu bermula hari ini. Program yang ditaja oleh MCPF ini adalah sebagai tanda sokongan padu dan sejajar dengan usaha YDH IG Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara selamat dan bebas jenayah serta mahu melihat imej PDRM lebih positif di mata masyarakat. Ketika menjawab soalan pemberita, Tan Sri Robert berharap agar program ini dapat mendedahkan anggota dan pegawai PDRM kepada standard kepolisan di Australia terutama dalam kepolisan masyarakat (community policing) untuk diaplikasikan di Malaysia.
Turut sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Seri (DR) V.S Suwaminathan (Exco MCPF), YBhg. Datuk Mohamed Darus bin Mahmud (Exco MCPF), YDH ACP Rasdi bin Ramli (Pen. Pengarah Pengurusan - Perhubungan Awam), YDH ACP Ramli bin Yoosuf (Pen. Pengarah Pengurusan - Hal Ehwal Awam) dan SUPT. Abd. Wahab bin Harun (Urusetia KPN).
Program ini mendapat khidmat daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional serta masyarakat umum dalam menilai pengurusan dan perkhidmatan sesebuah balai sebelum ia dinobatkan sebagai pemenang. Ia dilancarkan sejak tahun 2006 lagi dan berbeza dengan program 'Balai League Table PDRM'. Sebanyak 4 balai Polis terbaik dari segi kecekapan pengurusan dan perkhidmatan yang terpilih akan diwakili ketua masing-masing untuk ke program ini.
Antara pegawai yang terpilih pada kali ini ialah :
1. ASP Ahmad Hisyam Mohamed Sawi (Balai Polis Bercham, Ipoh, Perak). Juara Kategori A 2007
2. Sarjan Mohd Taha Johan (Balai Polis Tengkera, Melaka). Juara Kategori B 2007
3. C/Insp Mahadi Hussin (Balai Polis Paka, Terengganu). Juara Kategori A 2009
4. SM Abdul Latif Deraman (Balai Polis Batu Gajah, Melaka). Juara Kategori B 2009
Delegasi ini diketuai oleh ASP Azmi bin Hamid (HEA IPK Perlis) dan dibantu oleh Wakil MCPF iaitu Tn. Hj. Abd Aziz Ariffin. Pelbagai program yang akan diikuti oleh delegasi ini seperti kuliah, aspek rondaan jalanan, kepolisan masyarakat dan pencegahan jenayah sepanjang berada di sana.YBhg.Tan Sri Robert Phang (Pengerusi MCPF) semasa diwawancara oleh pihak media.
YBhg. Tan Sri Robert Phang menyerahkan Jalur Gemilang kepada 'Chief De Mission' YBhg. Tn. Hj. Abd Aziz bin Ariffin.
Delegasi bersama YBhg. Tan Sri dan Exco-Exco MCPF mengibarkan Jalur Gemilang.
1 Malaysia, negara selamat, bebas jenayah...
ASP Azmi bin Hamid (dua dari kiri), dan delegasi PDRM semasa ditemuramah oleh media.
Beramah mesra bersama ahli keluarga sebelum terbang ke Melbourne.
Berita dan gambar : L/Kpl Syamsul Baharin Mohamed
Penyunting : Insp Md. Aruwan Md. Amilah