
Artikel
Tanah Runtuh Pasukan Penyelamat Pergiat Usaha Mencari Mangsa Terakhir
Hulu Selangor, 23 Disember 2022 – Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dipergiatkan oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah...
Hulu Selangor, 23 Disember 2022 – Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dipergiatkan oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah runtuh Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan operasi SAR ditangguhkan pada jam 5.30 petang tadi atas faktor keselamatan anggota penyelamat berikutan hujan lebat. Operasi hari ini memfokuskan penggalian di sektor C (Riverside) bagi mengesan mangsa terakhir dan akan disambung semula pada bila-bila masa, selepas keadaan bertambah baik.
Terdahulu, bencana yang berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terlibat.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof.










