
Artikel
Isu Tular Keratan Akhbar Pilihan Muslimah Jadian Diberkas Polis
Shah Alam, 24 Disember 2022 - Suspek lelaki yang tular mengenakan telekung sebelum mencuri barang jemaah wanita di masjid sekitar Seksyen 18 di sini, diberkas...
Shah Alam, 24 Disember 2022 - Suspek lelaki yang tular mengenakan telekung sebelum mencuri barang jemaah wanita di masjid sekitar Seksyen 18 di sini, diberkas polis, kelmarin.
Ketua Polis (IPD) Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan terhadap suspek lelaki tempatan lingkungan 20-an itu susulan laporan dibuat oleh mangsa.
"Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemui dan merampas dua telefon bimbit yang dicuri semasa kejadian. Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati orang kena tuduh (OKT) mempunyai satu rekod kes penyalahgunaan dadah dan empat rekod kes jenayah.
"OKT ditahan reman selama empat hari dari mula hari ini (semalam) sehingga 26 Disember untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," kata beliau.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.