Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tanah Runtuh Pasukan Penyelamat Pergiat Usaha Mencari Mangsa Terakhir

Published: 23 Dec 2022 2.29 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Hulu Selangor, 23 Disember 2022 – Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dipergiatkan oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah runtuh Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-pasukan-penyelamat-pergiat-usaha-mencari-mangsa-terakhir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:13 MYT

Hulu Selangor, 23 Disember 2022 – Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dipergiatkan oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah runtuh Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelapan telah dimulakan seawal jam 8 pagi tadi, dengan dibantu oleh aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan (K9) dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan operasi SAR ditangguhkan pada jam 5.30 petang tadi atas faktor keselamatan anggota penyelamat berikutan hujan lebat. Operasi hari ini memfokuskan penggalian di sektor C (Riverside) bagi mengesan mangsa terakhir dan akan disambung semula pada bila-bila masa, selepas keadaan bertambah baik.

Terdahulu, bencana yang berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof.

May be an image of 7 people, outdoors and text that says 'WOSK AYAMAS SUMITOMO S STORM'

May be a closeup of dog, outdoors and text that says 'DRM'

May be an image of 4 people, dog, outdoors and text that says 'PDRM'

May be an image of 1 person, dog and outdoors

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of dog and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of outdoors





ArticlePublished 23 Dec 2022 2.29 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM