Oleh : Kpl Shareel Shahriman
Kuala Lumpur, 6 Nov – Keselamatan lebih 5,000 warga PDRM akan lebih terancam sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil oleh pihak bertanggungjawab ekoran terdapat rekahan dan hakisan tanah pada struktur bangunan Menara 2, Bukit Aman Kuala Lumpur yang telah dibina pada tahun 1984 lebih-lebih lagi apabila hujan yang tidak menentu pada penghujung tahun ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, rekahan dan hakisan tanah tersebut boleh merisikokan kedudukan beberapa bangunan lain antaranya, Mess Pegawai Kanan dan Kompleks 3 Cawangan Khas.
Menurut beliau lagi, pihak Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dimaklumkan dan mereka telah memasang tembok namun, masih lagi khuatir dengan keadaan yang berlaku sekiranya tembok tersebut tidak dapat menampung hakisan tanah.
Pihak media telah dibawa melawat beberapa tempat yang terdapat hakisan dan tanah runtuh di sekitar Bukit Aman termasuk di sepanjang Jalan Kinabalu bagi melihat sendiri kejadian yang berlaku.
Beliau berharap supaya agensi-agensi yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya berhubung permasalahan itu.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun menunjukkan retakan pada dinding bangunan menara 2 kompleks bukit aman

Antara retakan pada dinding bangunan menara 2 kompleks bukit aman
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun menunjukkan tanah runtuh melalui Jalan Kinabalu

Antara bahagian tanah yang runtuh
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Tanah Runtuh Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 6 Nov – Keselamatan lebih 5,000 warga PDRM akan lebih terancam sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil oleh pihak bertanggungjawab ekoran terdapat rekahan dan hakisan tanah pada struktur bangunan Menara 2, Bukit Aman Kuala Lumpur yang telah dibina pada tahun 1984 lebih-lebih lagi apabila hujan yang tidak menentu pada penghujung tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-di-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.