Kuching, 6 Nov - Taktik dua 'keldai dadah' warga Indonesia menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini sebagai transit untuk menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM1.7 juta gagal apabila mereka dicekup polis dalam dua serbuan berasingan semalam dan hari ini.
Kesemua syabu seberat 9.63 kilogram (kg) yang dirampas itu sebahagiannya disembunyikan dalam kasut wanita yang sudah diubah suai dan selebihnya dalam kertas pembungkus hadiah.
Suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 40-an membawa dadah berkenaan menaiki penerbangan dari Hong Kong sebelum transit di Kuala Lumpur dan Kuching untuk diseludup masuk ke negara mereka.
Sumber: Utusan Malaysia