Tan Sri Dato Sri Khalid Hantar Mantan Kpn Tunai Umrah
Oleh : Sub Inspektor Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : Kpl Edwind Indo
YDH TAN SRI DATO’ SRI KHALID HANTAR MANTAN KPN TUNAI UMRAH
SEPANG, 20 Mei 2013 – YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, meluangkan masa menghantar mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, menunaikan ibadah umrah.
Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail berangkat menunaikan umrah bersama Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Utama Hajah Suriati Md. Sobri, serta diiringi DSP Puziyah A’aron dan ASP Hammi Zamri Abdullah dengan menaiki penerbangan MH8000 pada jam 9.55 pagi.
Turut hadir menghantar, DCP Dato' Sharifuddin Ab. Ghani, Ketua Polis Pahang, SAC Dato' Zaleha Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Mohd Fuad Abdul Latiff, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dan SAC Dato’ Ramli Hj. Din, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman.


























Gambar sekitar majlis